Monday, July 25, 2011

:: aku memang JAKUN ::

Buat pertama kali nya, aku main badminton..hehehe.. Selama hampir 23 tahun hidup kat muka bumi nie, baru semalam aku dapat main badminton. Selalu pegang raket je..main2 buat gitar...prenggg prengg prenggg~~ pada hal takde bunyi pun..tu cite kecik2 dulu laaa...

Family aku nie jenis yang kurang bersukan. Aku dengan adik2 aku semua takde pun main2 sukan kat sekolah nie. Bersukan pun waktu Pendidikan Jasmani kat sekolah. Kalau setakat main congkak, batu seremban, tenteng..tu kitorang hebat la...hahahaha...

Masa sekolah dulu, memang tak sempat lah nak beriadah petang2. Pagi sekolah, petang sekolah sampai pukul 6.30, pastu malam pergi mengaji kat rumah orang belakang. Sampai lah kitorang darjah 6. Masuk form 1, kitorang semua kena masuk asrama. Nak ke tak nak ke, memang takde pilihan..

Bila dah masuk asrama, memang harapan la kitorang nie nak bersukan. Masa Hari Sukan Sekolah, semua orang kena lari. Aku rasa adik2 aku semua lari, merentas desa. Aku jangan harap laaa..aku rasa berat je montot aku nie nak berlari. Masa orang kena lari, aku lepak dalam toilet. Toilet tu bersih, siap ade kerusi. Memang port aku la..nak ponteng kelas pun aku lepak situ je. Lepak2 sampai lena.

Tu cite aku dengan adik2 aku yang tak bersukan. Abang2 dengan kakak aku bersukan. Siap wakil sekolah lagi. Abang aku yang dua orang tu main bola. Biasa laa, lelaki kannn.. Zaman abang aku dulu, futsal belum ada. Kakak aku pulak, main hoki. Pernah sekali, main hoki sampai sompek gigi dia. Aku pun tak ingat macam mana boleh kena. Kena bola ke..kena kayu hoki ntah.. Lagi satu, kakak aku nie join silat. Dari sekolah, sampai lah dah masuk U.. Memang takde orang la berani kacau kakak aku tu. Dengan badan dia yang besar, ada silat lagi kata kau! Cari pasal je siapa yang kacau dia.

Tapi bila dah lepas sekolah nie, tengok orang bersukan macam seronok je kannn.. Nasib baik la kawan2 sekolah aku nie rajin mengajak aku keluar. Dapat la aku main badminton hari tu. Mula2 aku tengok je..alang2 dah keluar kan, main je lah..walaupun aku banyak pukul angin je sebenarnya..hehehehe... Mula2 memang la dapat pukul angin je, dah lama2, dapat jugak la aku pukul bola... Padan muka kau bola! Kena pukul dengan aku! Puas hati aku! Hahahahahaha!

Hari nie, tangan aku dah sakit2 pulak... Yelah kannn, 'selalu' sangat bersukan... Padan muka aku pulak!

:: en gugel punya gambar ::



p/s: Sekurang-kurang nya, aku tawu lah nak kayuh basikal..bersukan gak la kannn... Adik2 aku tak reti kayuh basikal~~ miahahahahaha!

No comments:

Post a Comment