Daisypath Anniversary tickers

Friday, July 29, 2011

:: Harimau Malaya vs Singa Pura Pura ::


Sumpah aku menyampah dengan player Singapore! Kot ye la pun kan nak pasang strategi, kasi la strategi yang JANTAN sikit. Kalau setakat nak jatuh pastu nak golek guling2, baik tak payah main! Desperate sangat ke nak masuk World Cup?! Dengan goalkeeper pun sama jugak! Hamekkkk kad kuning terus! Pengadil pun malas nak layan. 

Apa2 pun, congrates to player Harimau Malaya! Dah cuba habis-habisan. Dapat jugak 1 gol.. Gol yang cantik yeeee...bangga! Aku suka Amirulhadi..memang mencari Amirulhadi je tiap kali game..hehehehe... Malam nie nampak la dia main sungguh2..sebelum2 nie kurang sikit..heee... Opsss..player lain pun suka jugak, Amirulhadi je lebih sikit. 

Tak lupa jugak pada Khairul Fahmi Che Mat..selamat sikit la gol Malaysia..walaupun terlepas 1 gol... Good job pada S.Kunalan n Safee Sali...diorang takde, silap2 dapat telur ayam je Malaysia malam nie. Kesimpulannya, takde la kecewa sangat dengan player Harimau Malaya. They did a good job. 

To player Singapore, please laaahhh...meluat! Kalau la diorang nie tak pura-pura, tak berlakon lebih2, syok la sikit nak tengok. Nie tak, sikit2 nak jatuh..sikit2 nak golek2..sikit2 nak guling2..pastu tak boleh bangun, nak kena usung...ntah hape2 jeee!!! Tapi seronok gilerrr tengok Safee Sali hentam keeper Singa tu..PADAN MUKA! Baru puas hati kalau nak injured pun.

p/s: Player Singa PONDAN!!!!

Monday, July 25, 2011

:: aku memang JAKUN ::

Buat pertama kali nya, aku main badminton..hehehe.. Selama hampir 23 tahun hidup kat muka bumi nie, baru semalam aku dapat main badminton. Selalu pegang raket je..main2 buat gitar...prenggg prengg prenggg~~ pada hal takde bunyi pun..tu cite kecik2 dulu laaa...

Family aku nie jenis yang kurang bersukan. Aku dengan adik2 aku semua takde pun main2 sukan kat sekolah nie. Bersukan pun waktu Pendidikan Jasmani kat sekolah. Kalau setakat main congkak, batu seremban, tenteng..tu kitorang hebat la...hahahaha...

Masa sekolah dulu, memang tak sempat lah nak beriadah petang2. Pagi sekolah, petang sekolah sampai pukul 6.30, pastu malam pergi mengaji kat rumah orang belakang. Sampai lah kitorang darjah 6. Masuk form 1, kitorang semua kena masuk asrama. Nak ke tak nak ke, memang takde pilihan..

Bila dah masuk asrama, memang harapan la kitorang nie nak bersukan. Masa Hari Sukan Sekolah, semua orang kena lari. Aku rasa adik2 aku semua lari, merentas desa. Aku jangan harap laaa..aku rasa berat je montot aku nie nak berlari. Masa orang kena lari, aku lepak dalam toilet. Toilet tu bersih, siap ade kerusi. Memang port aku la..nak ponteng kelas pun aku lepak situ je. Lepak2 sampai lena.

Tu cite aku dengan adik2 aku yang tak bersukan. Abang2 dengan kakak aku bersukan. Siap wakil sekolah lagi. Abang aku yang dua orang tu main bola. Biasa laa, lelaki kannn.. Zaman abang aku dulu, futsal belum ada. Kakak aku pulak, main hoki. Pernah sekali, main hoki sampai sompek gigi dia. Aku pun tak ingat macam mana boleh kena. Kena bola ke..kena kayu hoki ntah.. Lagi satu, kakak aku nie join silat. Dari sekolah, sampai lah dah masuk U.. Memang takde orang la berani kacau kakak aku tu. Dengan badan dia yang besar, ada silat lagi kata kau! Cari pasal je siapa yang kacau dia.

Tapi bila dah lepas sekolah nie, tengok orang bersukan macam seronok je kannn.. Nasib baik la kawan2 sekolah aku nie rajin mengajak aku keluar. Dapat la aku main badminton hari tu. Mula2 aku tengok je..alang2 dah keluar kan, main je lah..walaupun aku banyak pukul angin je sebenarnya..hehehehe... Mula2 memang la dapat pukul angin je, dah lama2, dapat jugak la aku pukul bola... Padan muka kau bola! Kena pukul dengan aku! Puas hati aku! Hahahahahaha!

Hari nie, tangan aku dah sakit2 pulak... Yelah kannn, 'selalu' sangat bersukan... Padan muka aku pulak!

:: en gugel punya gambar ::



p/s: Sekurang-kurang nya, aku tawu lah nak kayuh basikal..bersukan gak la kannn... Adik2 aku tak reti kayuh basikal~~ miahahahahaha!

Friday, July 22, 2011

:: giliran aku pulak jadi anak tunggal ::


Hari nie, adik aku..Zara dah balik hostel. Dia study kat USIM amek dentistry.. Yeppp...bakal dokter gigi. Aku selalu jugak la jadi dia punya patient tetap..hehehe... Hari pertama appointment, cuci gigi..pastu tengok2 la apa problem gigi aku nie. Lepas tu, dapat tawu ada gigi bongsu sudah keluar kat kanan atas.  Yang sakit hari tu, gigi kat kiri bawah. Lain yeee...yang kat atas tu tak sakit pun!

Ok, bukan nak cite pasal appointment gigi tu. Nak cite pasal giliran aku pulak jadi anak tunggal...hehehehe... Aku bukan anak tunggal, bukan anak sulong, bukan anak bongsu.. Aku anak tengah2.. Anak ke-4 dari 7 orang adik-beradik.

Aku ada 2 abang, anak sulung dan anak ke-2..dan seorang kakak. Atas aku, tiga2 dah kawen, so..duduk dengan family diorang lah kan.. Tinggal aku dan adik2 aku je... Adik aku ade 3 orang.. Zara, umur dia 21 tahun. Lepas tu CT, umur dia 18 tahun. Baru lepas SPM, sekarang sambung belajar kat UIA, amek TESL. Adik aku yang bongsu, Aisyah, baru form 3..kat SMKAJB..dia duduk hostel. Sepanjang cuti hari tu, aku dengan Zara je yang ada kat rumah (ofkos la mak dgn ayah ada sekali). CT dengan Aisyah kat asrama. Tapi, start hari nie, tinggal aku je dengan mak n ayah. Yeayy~!! Jadi anak tunggal..sampai dah nak raya nanti..hehehehe...

Best ke jadi anak tunggal..?? TAK BEST!!! Sunyi je rumah nie..nak gelak2 pun takde geng. Geng dengan mak n ayah je lah. Sedih betul...hurmmm...

:: yang bersanding tu, pakcik aku (adik mak) ::
p/s: Tiada dalam gambar: cucu mak n ayah 3 orang..(2 org tido, 1 dalam perut).. Tengah2 tu, our beloved Atok Ayah...

:: Malaysia XI vs Chelsea FC ::


Seperti yang anda semua maklum, giliran Chelsea pulak menentang Harimau Malaya dalam perlawanan persahabatan Asia Tour nie.

Kesimpulan: 1st half, 0-0..tak taw la Chelsea nie kasi can kat Malaysia ke hape. Main memang nampak macam main..tapi macam main2 pun ade.. Takde luck kot untuk Chelsea..mungkin....

2nd half lak..minit ke-80, gol pertama dari Drogba... Hurmmm...nie lagi satu yang memusykilkan. Lineman sengal ke hape..cepat sangat angkat bendera, pada hal bola tak masuk pun dalam gawang gol. Melantun keluar pulak, pastu keeper Malaysia (Mohd Izham Tarmizi) dapat bola tue ye. Kira Chelsea dapat 1 gol, tu pun gol kontroversi...hurmmm...no offense!

Apa2 pun, thumbs up pada semua player2 Harimau Malaya. Even tak dapat jaringkan gol pun (percubaan tue ade, sipiiii je lagi) tapi dapat kawal pertahanan...tu yang penting! Menarik gak la game tadi tu.. Nama je perlawanan persahabatan..tapi tough hokayyyy...good job~! Hehehehe...


p/s: Nak tengok Harimau lawan Singa lagi satu pulak Sabtu nie....

Tuesday, July 19, 2011

:: tahukah anda #1 ::

Otot yang bekerja paling cepat dalam tubuh kita ialah otot di kelopak mata yang membuat kita boleh berkelip. Terima kasih kepada otot mata, kita boleh berkelip 5 kali dalam sedetik.

Monday, July 18, 2011

:: terlajak kata, hati merana ::


Ahad, pukul 10 mlm baru dapat date dengan Si Dia. Tapi dapat date kejap2 je. Internet tak berapa ok. Kejap2 DC..nampak Si Dia pun tak clear, blurrr.. Tapi takpe lah, dapat jugak chat walaupun hilang2.

Dapat date 2 jam, pastu Si Dia nak buat kerja. Banyak assignment nak kena siapkan. Takpe lah, aku faham. Aku bagi Si Dia siapkan kerja dia dulu. Aku tunggu sampai Si Dia siap buat kerja.

Pukul 1.30 pagi, Si Dia online balik. Tak sempat aku nak tanya, kerja dia dah siap ke belum. Sebab aku rindu sangat2..soalan tu tak keluar. Tapi Si Dia dah inform dulu, kerja dia dah siap.

Aku sukeee sangat sebab dapat date balik dengan Si Dia, walaupun aku dah terlelap. Untuk hilangkan aku punya rasa mengantuk, aku bergurau dengan Si Dia. Mungkin gurauan aku berlebihan. Aku tak tahu. Si Dia terasa hati, mungkin. Walau Si Dia tak cakap, tapi aku dapat rasa.

"Maafkan adek, abang". Tapi tak terluah. Hanya dalam hati. Aku mendiamkan diri. Tak tahu menyusun kata. Si Dia fikir aku merajuk. Tidak. Aku tak merajuk. Cuma aku tak pandai meluah kata. 

Betul, akhirnya..perkataan yang aku luahkan makin mengeruhkan keadaan. Silap aku..tak pandai mencari ayat yang betul, yang dapat menyejukkan hati Si Dia. Selepas beberapa ayat dan ucapan Selamat Malam, Si Dia meninggalkan aku online seorang diri. "Selamat Malam, Abang".


p/s: I hurt myself by hurting u... =(

Saturday, July 16, 2011

:: dapat jugak tengok HARRY POTTER ::

 
:: tak taw nape, tapi aku suke VOLDEMORT ::
Yessss~!!! Hari nie ayah tinggalkan kt rumah kereta (biru) yg aku biase bawak. Selalunya, ayah p kerja bawak kereta tu and tinggalkan kereta lagi satu. Kereta lagi satu tu besar lah ye (ikut kesesuaian saiz aku). Ayah tinggalkan kereta biru sebab nak suruh amek adik aku (Aisyah) yg kat asrama tu balik.

:: Siti Aisyah ngn Mak ::
Pukul 1, Aisyah dah tunggu. OK, pukul 1 aku baru celik mate..tu pun ade rasa nak pejam balik..hehehe.. Capai tuala..mandi pastu siap2 terus keluar. OOpss..tak lupa salam, cium tangan mak. Alhamdulillah, selamat sampai amek Aisyah.

Semalam, adik aku lagi sorang (Zara) ajak tengok Harry Potter hari nie. Tapi tak decide lagi nak tengok pukul berapa sebab nak kena amek Aisyah dulu kan. Lepas amek Aisyah, sampai rumah pukul 2. Muvie pukul 2.45, sempat lagi nak tengok. Aku settt jeee...sebab aku yg drive. Aku cakap kt Zara, aku takde duit. Aku tanya dia, ade duit tak nak tengok nie? Dia jawab "Alaaaaa...Zara baru nak cakap guna duit Am dulu. Zara pun takde duit nie". Hahahahaha...okeee..sangat hampeh ye...nak harapkan Aisyah, dia lagi la takde duit. Aku pun sambung main Sudoku. Zara online, Aisyah tengok tv.

Pastu tiba-tiba mak duduk depan aku sambil bukak purse. OK, pelik sekejap. Nak suruh pergi kedai agaknya. Mak keluarkan 6 keping duit hijau. Mak cakap "Nah, 3 orang, 30 ringgit. Cukup la kan". Eyhhhh...mak support kitorang tengok wayang! Hehehehe...heaven wa cakap lu! Aku tanya Zara, next muvie pukul berapa. 3.50, OK..semua siap2..3.30 kita gerak. Kakak memberi arahan kepada adik2 nya..cewahhh!

:: ini Zahrah ::
Seronok!!! Dah lama tak keluar. Takde la lama mana pun sebenarnya. Yang paling happy, Zara la..sebab sepanjang 3 bulan kat rumah, baru nie la dia keluar tengok muvie. Hehehehe... Walaupun kitorang terpaksa duduk berasingan sebab seat sebelah2 ade kat depan sekali je yg tinggal. Kitorang taknak dongak! Takde hal punya duduk asing2, hehehe... Lepas beli tiket, terus masuk. Jumpa balik tym dah habis muvie.

Ok, taknak cite apa jadi kat Harry Potter, kena tengok sendiri cite tu. Yang penting, BEST! Tak rugi duit tengok kat wayang. Tapi kena follow cite tu dari awal lah ye. Pada yg dah lupa2 hilang ingatan sikit2 tu, tengok la balik Harry Potter and The Deathly Hallows Part 1 dulu ye. 


:: wajib tayang gambar sendiri ::


p/s: berangan dapat jumpa Si Dia tadi... =(

Tuesday, July 12, 2011

:: rindu encheq mentibang ::

:: alahai Si BONGSU ::

Penangan Si Bongsu
Sudah sampai giliran aku
Selama nie aku hanya dengar luahan orang lain
Kali nie, giliran orang lain dengar luahan aku

Alahai Si Bongsu
Kau buat malamku tak lena
Siangku meraba
Terpaksa ku usap pipiku sendiri


Sayang Si Bongsu
Sampai bila kau nak seksa aku
Tak senang makan aku dibuatnya
Hanya mampu hirup sup, telan bubur jawabnya
Makin kurus kering aku keranamu

Aduhai Si Bongsu
Pagi nie kau buat hal lagi
Aku tau kau suka tendang2 aku
Walau sakit, aku tahan 
Tapi, sampai bila?

Wahai Si Bongsu
Cepat2 lah membesar
Tak tahan rasanya menanggung perit ini

Tahukah kau Si bongsu
3 adikmu menunggu giliran untuk keluar
Harap tidak meragam sepertimu 

:: SI BONGSU ::



Sunday, July 10, 2011

:: seronok kate kau?!! ::

hai2...selamat tengahari....

Aku emo? Tak laaaaa... Tajuk entri je macam emo sikit. Aku tak emo pun, aku cool~~ hehehehe.

Si Dia dah balik asrama. Dah naik skula. Hari tu tak dapat date sangat pun. Macam tak date pun ada gak.

Mana tak nye, siang masing2 sibuk buat house chores. Kemas2 rumah, masak, basuh baju, jaga anak...eyhhh?
:: my future husband shud do this...hehehe ::

Pastu, malam pulak..masak2 lagi. Makan2. Tengok tv. Pastu date sejam dua, tido.

Mesti la tak puas date sejam dua. Kalau boleh, nak 24/7 duduk ngadap...

Tapi kannnn... Si Dia cakap ade gud news...jeng jeng jeng.... Kitorang boleh date~!!!

Tapi kena tunggu esok..sebab esok baru ada internet. =(

Tak apalah abang sayang...esok pun esok laaaa...adek tunggu...heeeee...

Serius RINDU!!!!

Ok lah..mahu makan nasi lemak. Bai.

Friday, July 8, 2011

:: benda2 yang buat aku MENYAMPAH ::

hai2...selamat tengah pagi...

Korang mesti ade benda yang buat korang menyampah kannn... Aku pun ada.. Entri kali nie, aku nak share benda ape yang buat aku menyampah.

  • Baru nak lelap, dengar anjing menyalak. Jiran2 aku banyak bela anjing. 
  • Tengah sedap2 tido, dengar kucing bergaduh. Ade anjing, ade lah kucing.
  •  Baru nak lelap balik, mat2 rempit men press2 motor. Jiran2 aku ramai lagi budak baru abeh sekolah. Takde kerja, lepak malam2.
  • Agak2 dah senyap, nak sambung tido balik, jiran aku yang kerja bawak lori, baru balik dari kerja.. HAMEKAW! Boleh pulak sembang2 macam waktu tu dah siang kan. Sembang2 pulak dalam bahasa asing. Aihhhh!! Boleh masuk dalam mimpi tu.
  • Dah tak boleh tido, nak on9 lah.  Internet pulak buat hal.Takde connection pulak dah. Kena turun bawah on modem. Modem kat tingkat bawah, bilik aku kat atas.
  • On FB, takde pulak orang on9. Nak chat pun takde sapa. Like2 status orang je laaaa..
  • Bukak Youtube. Ada movie. Kasi buffer sampai habis. Tengah syok2 tengok, boleh pulak tangan nie terlanggar, terklik 'close'. ARGHHHHH!!!! SHETTT!!! Memang nak suruh aku tido agak nya.
Okelahhh...Selamat malam...

 p/s: Tengok Aku Masih Dara kat youtube, terclose pulak. MENYAMPAH KAT DIRI SENDIRI!

Tuesday, July 5, 2011

GiveAway by Cik Eira Shoppe




Jom join! GiveAway by Cik Eira Shoppe. Tak susah pun. Step yang sangat simple! Klik kat banner tu taw!

1. Follow dua blog *done*

2. Tampal banner dalam entri *done*

3. Kanta lekap pilihan: Setelah di usha2, saya pilih Pop.C Light Grey. Sebab, selama nie belum pernah pakai warna grey lagi. Selalu pakai amethyst, biru, coklat, hijau ngan pink. Kasi can kaler lain pulak. Hehe.

4. Saya tag mereka: Sherah, Amy & Aja .

p/s: Harap2 menang. Have faith~~ Semoga berjaya kawan2!!

:: king of my life ::

Monday, July 4, 2011

:: isu DEMONSTRASI ::

Hai2.. Selamat petang semua -kepada yang sudi singgah...

Tahniah Harimau Malaya dapat pergi pusingan kedua walaupun kalah kepada Taiwan... Sumpah menyampah tengok player Taiwan main. Kena langgar sikit, nak jatuh bergolek golek. LEMBIK! Pengadil pulak macam tak adil je mengadili game.Mana tak nye, bila player Taiwan jatuh gedebuk, terus dapat penalty. Bila player Malaysia jatuh (sama je jatuh nye), tak dapat penalty pulak. Cisdel sunguh lah hai. ok, tu je yang tak puas hati.

Berbalik kepada tajuk entri. DEMONSTRASI. Sekarang nie kecoh pasal isu demonstrasi kan. Tak nak cakap sapa, sebab ramai dah tau sapa. Kalau tak tau, tak payah jadi rakyat Malaysia lah ye. Lagi bagus.

Soalan yang bermain main kat dalam kepala otak aku nie lah kan, perlu ke nak berdemonstrasi bagai... Kenapa sampai nak demo2 nie..baik lah belikan aku patung domo tu -takde kaitan-. Demonstrasi nie, buat huru hara je. Konon nak cari kedamaian lah, nak suara rakyat didengar lah. Kalau dah berdemo tu kan, damai ke..?? Huru hara adalah. Jerit-jerit, jalan ramai2..seram aku!

Aku tak nak cakap pepanjang pasal demonstrasi nie. Cakap lelebih nanti, salah pulak. Dah satu hal aku kena tangkap pulak. Tak memasal je. Cuma, aku ada terbaca lah notes Tun Dr. M kat FB pasal DEMONSTRASI nie. Korang check out sendiri lah ya. Kalau nak baca KLIK SINI

Rerajin lah ye baca. Bukan untuk kepentingan aku je. Aku sebagai rakyat Malaysia, cuma menyampaikan saja. Sharing is caring kannnn... PEACE YAW!

:: kalau letak gambar dari Malaysia, obvious sangat..hehe::

p/s: Entri kali nie cerita lain pulak. Asyik aku ngn Si Dia je kan..hehehehe

Sunday, July 3, 2011

:: yeay~!!! dah hari AHAD~!!! ::

Selamat tengahari... hari nie lambat sikit online..bekpas breakfast dulu tadi..hehehe..roti canai 2 keping + milo ais... TERBAEKKK~!!! 

Ohhh ye..kenapa suka hari nie hari ahad..?? Mesti la suka..mau nye tak.. Sebab esok kan isnin.. Bila hari isnin, Si Dia dah balik rumah. Dapat la date kannn..rindu rinduan dah nie..

:: i luv this face ::
Kitorang punye date, takde la date jumpa2 kat taman bunga tu. Kitorang date online je..date kat Skype..tue je la yang mampu.. Nak jumpa, masih jauh dan banyak halangan lain. Dapat date kat Skype pun dah bersyukur. Sekurang-kurangnya, dapat la tengok wajah si jantung hati pengarang jantung nie.

:: Si Dia ketika berwajah serius ::

Kalau nak ikut kan puas ke tak, memang la tak, kannn. Tapi, tak apalah. Dapat tengok muka pun dah terubat rindu nie. -better than nothing- Sebab tu lah nak sangat sangat Si Dia nie cepat cepat balik rumah. Kat rumah pakcik Si Dia nie, takde internet. Tak dapat lah nak date. Tu yang meroyan! Dapat SMS je. Nak call, tak banyak kredit pulak. Maklum lah, kerjaya sebagai student lagi. Kadang kadang call jugak la guna phone rumah..hehe.

Ok lah, nak kena masak untuk lunch nie. Sambung lagi, bai.

Friday, July 1, 2011

:: bulan JULAI sudaaa ::

hai hoooo~!!! selamat pagi....

Hari nie dah masuk bulan Julai. Tak lama lagi Si Dia dah nak naik sekolah. Cemane nie..tak date lagi nie. =(
FYI, Si Dia kat rumah pakcik..tolong berniaga. Urghhhh!!! Dah sebulan lebih tak jumpa! Patot la aku almost meroyan -aku tipu-

Tapi seriusly, aku dah rindu sangat2 nie..uhuk..aku tau, Si Dia pon sama jugak -perasan lebey-

Si Dia cakap, Isnin nie dia balik. "Abang...cepat la balekkkk...."

Macam tak pernah pulak kan tak jumpa sebulan. Dulu tym kapel ngan SA, boleh pulak tak jumpe 6 bulan. Tak gilerrrr pon. Nie baru sebulan lebih sikit..sabar ye.. -bagus hati nie tenangkan aku..aku giler-

Kepada Si Dia yang bernama encheq FAREEZ, cepat cepat lah ye pulang ke rumah. Sebelum chenta aty awak nie jadi mereng pulak.

:: menghampiri kemerengan ::