Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label kongsi. Show all posts
Showing posts with label kongsi. Show all posts

Friday, July 29, 2011

:: Harimau Malaya vs Singa Pura Pura ::


Sumpah aku menyampah dengan player Singapore! Kot ye la pun kan nak pasang strategi, kasi la strategi yang JANTAN sikit. Kalau setakat nak jatuh pastu nak golek guling2, baik tak payah main! Desperate sangat ke nak masuk World Cup?! Dengan goalkeeper pun sama jugak! Hamekkkk kad kuning terus! Pengadil pun malas nak layan. 

Apa2 pun, congrates to player Harimau Malaya! Dah cuba habis-habisan. Dapat jugak 1 gol.. Gol yang cantik yeeee...bangga! Aku suka Amirulhadi..memang mencari Amirulhadi je tiap kali game..hehehehe... Malam nie nampak la dia main sungguh2..sebelum2 nie kurang sikit..heee... Opsss..player lain pun suka jugak, Amirulhadi je lebih sikit. 

Tak lupa jugak pada Khairul Fahmi Che Mat..selamat sikit la gol Malaysia..walaupun terlepas 1 gol... Good job pada S.Kunalan n Safee Sali...diorang takde, silap2 dapat telur ayam je Malaysia malam nie. Kesimpulannya, takde la kecewa sangat dengan player Harimau Malaya. They did a good job. 

To player Singapore, please laaahhh...meluat! Kalau la diorang nie tak pura-pura, tak berlakon lebih2, syok la sikit nak tengok. Nie tak, sikit2 nak jatuh..sikit2 nak golek2..sikit2 nak guling2..pastu tak boleh bangun, nak kena usung...ntah hape2 jeee!!! Tapi seronok gilerrr tengok Safee Sali hentam keeper Singa tu..PADAN MUKA! Baru puas hati kalau nak injured pun.

p/s: Player Singa PONDAN!!!!

Monday, July 25, 2011

:: aku memang JAKUN ::

Buat pertama kali nya, aku main badminton..hehehe.. Selama hampir 23 tahun hidup kat muka bumi nie, baru semalam aku dapat main badminton. Selalu pegang raket je..main2 buat gitar...prenggg prengg prenggg~~ pada hal takde bunyi pun..tu cite kecik2 dulu laaa...

Family aku nie jenis yang kurang bersukan. Aku dengan adik2 aku semua takde pun main2 sukan kat sekolah nie. Bersukan pun waktu Pendidikan Jasmani kat sekolah. Kalau setakat main congkak, batu seremban, tenteng..tu kitorang hebat la...hahahaha...

Masa sekolah dulu, memang tak sempat lah nak beriadah petang2. Pagi sekolah, petang sekolah sampai pukul 6.30, pastu malam pergi mengaji kat rumah orang belakang. Sampai lah kitorang darjah 6. Masuk form 1, kitorang semua kena masuk asrama. Nak ke tak nak ke, memang takde pilihan..

Bila dah masuk asrama, memang harapan la kitorang nie nak bersukan. Masa Hari Sukan Sekolah, semua orang kena lari. Aku rasa adik2 aku semua lari, merentas desa. Aku jangan harap laaa..aku rasa berat je montot aku nie nak berlari. Masa orang kena lari, aku lepak dalam toilet. Toilet tu bersih, siap ade kerusi. Memang port aku la..nak ponteng kelas pun aku lepak situ je. Lepak2 sampai lena.

Tu cite aku dengan adik2 aku yang tak bersukan. Abang2 dengan kakak aku bersukan. Siap wakil sekolah lagi. Abang aku yang dua orang tu main bola. Biasa laa, lelaki kannn.. Zaman abang aku dulu, futsal belum ada. Kakak aku pulak, main hoki. Pernah sekali, main hoki sampai sompek gigi dia. Aku pun tak ingat macam mana boleh kena. Kena bola ke..kena kayu hoki ntah.. Lagi satu, kakak aku nie join silat. Dari sekolah, sampai lah dah masuk U.. Memang takde orang la berani kacau kakak aku tu. Dengan badan dia yang besar, ada silat lagi kata kau! Cari pasal je siapa yang kacau dia.

Tapi bila dah lepas sekolah nie, tengok orang bersukan macam seronok je kannn.. Nasib baik la kawan2 sekolah aku nie rajin mengajak aku keluar. Dapat la aku main badminton hari tu. Mula2 aku tengok je..alang2 dah keluar kan, main je lah..walaupun aku banyak pukul angin je sebenarnya..hehehehe... Mula2 memang la dapat pukul angin je, dah lama2, dapat jugak la aku pukul bola... Padan muka kau bola! Kena pukul dengan aku! Puas hati aku! Hahahahahaha!

Hari nie, tangan aku dah sakit2 pulak... Yelah kannn, 'selalu' sangat bersukan... Padan muka aku pulak!

:: en gugel punya gambar ::



p/s: Sekurang-kurang nya, aku tawu lah nak kayuh basikal..bersukan gak la kannn... Adik2 aku tak reti kayuh basikal~~ miahahahahaha!

Friday, July 22, 2011

:: Malaysia XI vs Chelsea FC ::


Seperti yang anda semua maklum, giliran Chelsea pulak menentang Harimau Malaya dalam perlawanan persahabatan Asia Tour nie.

Kesimpulan: 1st half, 0-0..tak taw la Chelsea nie kasi can kat Malaysia ke hape. Main memang nampak macam main..tapi macam main2 pun ade.. Takde luck kot untuk Chelsea..mungkin....

2nd half lak..minit ke-80, gol pertama dari Drogba... Hurmmm...nie lagi satu yang memusykilkan. Lineman sengal ke hape..cepat sangat angkat bendera, pada hal bola tak masuk pun dalam gawang gol. Melantun keluar pulak, pastu keeper Malaysia (Mohd Izham Tarmizi) dapat bola tue ye. Kira Chelsea dapat 1 gol, tu pun gol kontroversi...hurmmm...no offense!

Apa2 pun, thumbs up pada semua player2 Harimau Malaya. Even tak dapat jaringkan gol pun (percubaan tue ade, sipiiii je lagi) tapi dapat kawal pertahanan...tu yang penting! Menarik gak la game tadi tu.. Nama je perlawanan persahabatan..tapi tough hokayyyy...good job~! Hehehehe...


p/s: Nak tengok Harimau lawan Singa lagi satu pulak Sabtu nie....

Tuesday, July 19, 2011

:: tahukah anda #1 ::

Otot yang bekerja paling cepat dalam tubuh kita ialah otot di kelopak mata yang membuat kita boleh berkelip. Terima kasih kepada otot mata, kita boleh berkelip 5 kali dalam sedetik.

Tuesday, July 12, 2011

:: alahai Si BONGSU ::

Penangan Si Bongsu
Sudah sampai giliran aku
Selama nie aku hanya dengar luahan orang lain
Kali nie, giliran orang lain dengar luahan aku

Alahai Si Bongsu
Kau buat malamku tak lena
Siangku meraba
Terpaksa ku usap pipiku sendiri


Sayang Si Bongsu
Sampai bila kau nak seksa aku
Tak senang makan aku dibuatnya
Hanya mampu hirup sup, telan bubur jawabnya
Makin kurus kering aku keranamu

Aduhai Si Bongsu
Pagi nie kau buat hal lagi
Aku tau kau suka tendang2 aku
Walau sakit, aku tahan 
Tapi, sampai bila?

Wahai Si Bongsu
Cepat2 lah membesar
Tak tahan rasanya menanggung perit ini

Tahukah kau Si bongsu
3 adikmu menunggu giliran untuk keluar
Harap tidak meragam sepertimu 

:: SI BONGSU ::



Monday, July 4, 2011

:: isu DEMONSTRASI ::

Hai2.. Selamat petang semua -kepada yang sudi singgah...

Tahniah Harimau Malaya dapat pergi pusingan kedua walaupun kalah kepada Taiwan... Sumpah menyampah tengok player Taiwan main. Kena langgar sikit, nak jatuh bergolek golek. LEMBIK! Pengadil pulak macam tak adil je mengadili game.Mana tak nye, bila player Taiwan jatuh gedebuk, terus dapat penalty. Bila player Malaysia jatuh (sama je jatuh nye), tak dapat penalty pulak. Cisdel sunguh lah hai. ok, tu je yang tak puas hati.

Berbalik kepada tajuk entri. DEMONSTRASI. Sekarang nie kecoh pasal isu demonstrasi kan. Tak nak cakap sapa, sebab ramai dah tau sapa. Kalau tak tau, tak payah jadi rakyat Malaysia lah ye. Lagi bagus.

Soalan yang bermain main kat dalam kepala otak aku nie lah kan, perlu ke nak berdemonstrasi bagai... Kenapa sampai nak demo2 nie..baik lah belikan aku patung domo tu -takde kaitan-. Demonstrasi nie, buat huru hara je. Konon nak cari kedamaian lah, nak suara rakyat didengar lah. Kalau dah berdemo tu kan, damai ke..?? Huru hara adalah. Jerit-jerit, jalan ramai2..seram aku!

Aku tak nak cakap pepanjang pasal demonstrasi nie. Cakap lelebih nanti, salah pulak. Dah satu hal aku kena tangkap pulak. Tak memasal je. Cuma, aku ada terbaca lah notes Tun Dr. M kat FB pasal DEMONSTRASI nie. Korang check out sendiri lah ya. Kalau nak baca KLIK SINI. 

Rerajin lah ye baca. Bukan untuk kepentingan aku je. Aku sebagai rakyat Malaysia, cuma menyampaikan saja. Sharing is caring kannnn... PEACE YAW!

:: kalau letak gambar dari Malaysia, obvious sangat..hehe::

p/s: Entri kali nie cerita lain pulak. Asyik aku ngn Si Dia je kan..hehehehe