Saturday, July 16, 2011

:: dapat jugak tengok HARRY POTTER ::

 
:: tak taw nape, tapi aku suke VOLDEMORT ::
Yessss~!!! Hari nie ayah tinggalkan kt rumah kereta (biru) yg aku biase bawak. Selalunya, ayah p kerja bawak kereta tu and tinggalkan kereta lagi satu. Kereta lagi satu tu besar lah ye (ikut kesesuaian saiz aku). Ayah tinggalkan kereta biru sebab nak suruh amek adik aku (Aisyah) yg kat asrama tu balik.

:: Siti Aisyah ngn Mak ::
Pukul 1, Aisyah dah tunggu. OK, pukul 1 aku baru celik mate..tu pun ade rasa nak pejam balik..hehehe.. Capai tuala..mandi pastu siap2 terus keluar. OOpss..tak lupa salam, cium tangan mak. Alhamdulillah, selamat sampai amek Aisyah.

Semalam, adik aku lagi sorang (Zara) ajak tengok Harry Potter hari nie. Tapi tak decide lagi nak tengok pukul berapa sebab nak kena amek Aisyah dulu kan. Lepas amek Aisyah, sampai rumah pukul 2. Muvie pukul 2.45, sempat lagi nak tengok. Aku settt jeee...sebab aku yg drive. Aku cakap kt Zara, aku takde duit. Aku tanya dia, ade duit tak nak tengok nie? Dia jawab "Alaaaaa...Zara baru nak cakap guna duit Am dulu. Zara pun takde duit nie". Hahahahaha...okeee..sangat hampeh ye...nak harapkan Aisyah, dia lagi la takde duit. Aku pun sambung main Sudoku. Zara online, Aisyah tengok tv.

Pastu tiba-tiba mak duduk depan aku sambil bukak purse. OK, pelik sekejap. Nak suruh pergi kedai agaknya. Mak keluarkan 6 keping duit hijau. Mak cakap "Nah, 3 orang, 30 ringgit. Cukup la kan". Eyhhhh...mak support kitorang tengok wayang! Hehehehe...heaven wa cakap lu! Aku tanya Zara, next muvie pukul berapa. 3.50, OK..semua siap2..3.30 kita gerak. Kakak memberi arahan kepada adik2 nya..cewahhh!

:: ini Zahrah ::
Seronok!!! Dah lama tak keluar. Takde la lama mana pun sebenarnya. Yang paling happy, Zara la..sebab sepanjang 3 bulan kat rumah, baru nie la dia keluar tengok muvie. Hehehehe... Walaupun kitorang terpaksa duduk berasingan sebab seat sebelah2 ade kat depan sekali je yg tinggal. Kitorang taknak dongak! Takde hal punya duduk asing2, hehehe... Lepas beli tiket, terus masuk. Jumpa balik tym dah habis muvie.

Ok, taknak cite apa jadi kat Harry Potter, kena tengok sendiri cite tu. Yang penting, BEST! Tak rugi duit tengok kat wayang. Tapi kena follow cite tu dari awal lah ye. Pada yg dah lupa2 hilang ingatan sikit2 tu, tengok la balik Harry Potter and The Deathly Hallows Part 1 dulu ye. 


:: wajib tayang gambar sendiri ::


p/s: berangan dapat jumpa Si Dia tadi... =(

No comments:

Post a Comment