Daisypath Anniversary tickers

Monday, July 18, 2011

:: terlajak kata, hati merana ::


Ahad, pukul 10 mlm baru dapat date dengan Si Dia. Tapi dapat date kejap2 je. Internet tak berapa ok. Kejap2 DC..nampak Si Dia pun tak clear, blurrr.. Tapi takpe lah, dapat jugak chat walaupun hilang2.

Dapat date 2 jam, pastu Si Dia nak buat kerja. Banyak assignment nak kena siapkan. Takpe lah, aku faham. Aku bagi Si Dia siapkan kerja dia dulu. Aku tunggu sampai Si Dia siap buat kerja.

Pukul 1.30 pagi, Si Dia online balik. Tak sempat aku nak tanya, kerja dia dah siap ke belum. Sebab aku rindu sangat2..soalan tu tak keluar. Tapi Si Dia dah inform dulu, kerja dia dah siap.

Aku sukeee sangat sebab dapat date balik dengan Si Dia, walaupun aku dah terlelap. Untuk hilangkan aku punya rasa mengantuk, aku bergurau dengan Si Dia. Mungkin gurauan aku berlebihan. Aku tak tahu. Si Dia terasa hati, mungkin. Walau Si Dia tak cakap, tapi aku dapat rasa.

"Maafkan adek, abang". Tapi tak terluah. Hanya dalam hati. Aku mendiamkan diri. Tak tahu menyusun kata. Si Dia fikir aku merajuk. Tidak. Aku tak merajuk. Cuma aku tak pandai meluah kata. 

Betul, akhirnya..perkataan yang aku luahkan makin mengeruhkan keadaan. Silap aku..tak pandai mencari ayat yang betul, yang dapat menyejukkan hati Si Dia. Selepas beberapa ayat dan ucapan Selamat Malam, Si Dia meninggalkan aku online seorang diri. "Selamat Malam, Abang".


p/s: I hurt myself by hurting u... =(

No comments:

Post a Comment