Daisypath Anniversary tickers

Monday, July 4, 2011

:: isu DEMONSTRASI ::

Hai2.. Selamat petang semua -kepada yang sudi singgah...

Tahniah Harimau Malaya dapat pergi pusingan kedua walaupun kalah kepada Taiwan... Sumpah menyampah tengok player Taiwan main. Kena langgar sikit, nak jatuh bergolek golek. LEMBIK! Pengadil pulak macam tak adil je mengadili game.Mana tak nye, bila player Taiwan jatuh gedebuk, terus dapat penalty. Bila player Malaysia jatuh (sama je jatuh nye), tak dapat penalty pulak. Cisdel sunguh lah hai. ok, tu je yang tak puas hati.

Berbalik kepada tajuk entri. DEMONSTRASI. Sekarang nie kecoh pasal isu demonstrasi kan. Tak nak cakap sapa, sebab ramai dah tau sapa. Kalau tak tau, tak payah jadi rakyat Malaysia lah ye. Lagi bagus.

Soalan yang bermain main kat dalam kepala otak aku nie lah kan, perlu ke nak berdemonstrasi bagai... Kenapa sampai nak demo2 nie..baik lah belikan aku patung domo tu -takde kaitan-. Demonstrasi nie, buat huru hara je. Konon nak cari kedamaian lah, nak suara rakyat didengar lah. Kalau dah berdemo tu kan, damai ke..?? Huru hara adalah. Jerit-jerit, jalan ramai2..seram aku!

Aku tak nak cakap pepanjang pasal demonstrasi nie. Cakap lelebih nanti, salah pulak. Dah satu hal aku kena tangkap pulak. Tak memasal je. Cuma, aku ada terbaca lah notes Tun Dr. M kat FB pasal DEMONSTRASI nie. Korang check out sendiri lah ya. Kalau nak baca KLIK SINI. 

Rerajin lah ye baca. Bukan untuk kepentingan aku je. Aku sebagai rakyat Malaysia, cuma menyampaikan saja. Sharing is caring kannnn... PEACE YAW!

:: kalau letak gambar dari Malaysia, obvious sangat..hehe::

p/s: Entri kali nie cerita lain pulak. Asyik aku ngn Si Dia je kan..hehehehe

Sunday, July 3, 2011

:: yeay~!!! dah hari AHAD~!!! ::

Selamat tengahari... hari nie lambat sikit online..bekpas breakfast dulu tadi..hehehe..roti canai 2 keping + milo ais... TERBAEKKK~!!! 

Ohhh ye..kenapa suka hari nie hari ahad..?? Mesti la suka..mau nye tak.. Sebab esok kan isnin.. Bila hari isnin, Si Dia dah balik rumah. Dapat la date kannn..rindu rinduan dah nie..

:: i luv this face ::
Kitorang punye date, takde la date jumpa2 kat taman bunga tu. Kitorang date online je..date kat Skype..tue je la yang mampu.. Nak jumpa, masih jauh dan banyak halangan lain. Dapat date kat Skype pun dah bersyukur. Sekurang-kurangnya, dapat la tengok wajah si jantung hati pengarang jantung nie.

:: Si Dia ketika berwajah serius ::

Kalau nak ikut kan puas ke tak, memang la tak, kannn. Tapi, tak apalah. Dapat tengok muka pun dah terubat rindu nie. -better than nothing- Sebab tu lah nak sangat sangat Si Dia nie cepat cepat balik rumah. Kat rumah pakcik Si Dia nie, takde internet. Tak dapat lah nak date. Tu yang meroyan! Dapat SMS je. Nak call, tak banyak kredit pulak. Maklum lah, kerjaya sebagai student lagi. Kadang kadang call jugak la guna phone rumah..hehe.

Ok lah, nak kena masak untuk lunch nie. Sambung lagi, bai.

Friday, July 1, 2011

:: bulan JULAI sudaaa ::

hai hoooo~!!! selamat pagi....

Hari nie dah masuk bulan Julai. Tak lama lagi Si Dia dah nak naik sekolah. Cemane nie..tak date lagi nie. =(
FYI, Si Dia kat rumah pakcik..tolong berniaga. Urghhhh!!! Dah sebulan lebih tak jumpa! Patot la aku almost meroyan -aku tipu-

Tapi seriusly, aku dah rindu sangat2 nie..uhuk..aku tau, Si Dia pon sama jugak -perasan lebey-

Si Dia cakap, Isnin nie dia balik. "Abang...cepat la balekkkk...."

Macam tak pernah pulak kan tak jumpa sebulan. Dulu tym kapel ngan SA, boleh pulak tak jumpe 6 bulan. Tak gilerrrr pon. Nie baru sebulan lebih sikit..sabar ye.. -bagus hati nie tenangkan aku..aku giler-

Kepada Si Dia yang bernama encheq FAREEZ, cepat cepat lah ye pulang ke rumah. Sebelum chenta aty awak nie jadi mereng pulak.

:: menghampiri kemerengan ::