Monday, July 4, 2011

:: isu DEMONSTRASI ::

Hai2.. Selamat petang semua -kepada yang sudi singgah...

Tahniah Harimau Malaya dapat pergi pusingan kedua walaupun kalah kepada Taiwan... Sumpah menyampah tengok player Taiwan main. Kena langgar sikit, nak jatuh bergolek golek. LEMBIK! Pengadil pulak macam tak adil je mengadili game.Mana tak nye, bila player Taiwan jatuh gedebuk, terus dapat penalty. Bila player Malaysia jatuh (sama je jatuh nye), tak dapat penalty pulak. Cisdel sunguh lah hai. ok, tu je yang tak puas hati.

Berbalik kepada tajuk entri. DEMONSTRASI. Sekarang nie kecoh pasal isu demonstrasi kan. Tak nak cakap sapa, sebab ramai dah tau sapa. Kalau tak tau, tak payah jadi rakyat Malaysia lah ye. Lagi bagus.

Soalan yang bermain main kat dalam kepala otak aku nie lah kan, perlu ke nak berdemonstrasi bagai... Kenapa sampai nak demo2 nie..baik lah belikan aku patung domo tu -takde kaitan-. Demonstrasi nie, buat huru hara je. Konon nak cari kedamaian lah, nak suara rakyat didengar lah. Kalau dah berdemo tu kan, damai ke..?? Huru hara adalah. Jerit-jerit, jalan ramai2..seram aku!

Aku tak nak cakap pepanjang pasal demonstrasi nie. Cakap lelebih nanti, salah pulak. Dah satu hal aku kena tangkap pulak. Tak memasal je. Cuma, aku ada terbaca lah notes Tun Dr. M kat FB pasal DEMONSTRASI nie. Korang check out sendiri lah ya. Kalau nak baca KLIK SINI

Rerajin lah ye baca. Bukan untuk kepentingan aku je. Aku sebagai rakyat Malaysia, cuma menyampaikan saja. Sharing is caring kannnn... PEACE YAW!

:: kalau letak gambar dari Malaysia, obvious sangat..hehe::

p/s: Entri kali nie cerita lain pulak. Asyik aku ngn Si Dia je kan..hehehehe

No comments:

Post a Comment